Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya – 24 hingga 26 Ogos 2020, JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyemakan dan Penggubalan Model SOP Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Bil.1/2020 & Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) Bil.1/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
 
Mesyuarat yang disifatkan sebagai langkah pertama ke arah pemerkasaan agensi penguatkuasaan agama tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah BPPPS. Kedua-dua Mesyuarat dihadiri oleh Ketua-Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan wakil dari Bahagian Penguatkuasaan Syariah Negeri.
 
Jawatankuasa Penyemakan dan Penggubalan Model SOP Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah telah berjaya menggubal draf awal bagi Garis Panduan Pemakaian Pakaian Seragam, Aksesori dan Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Agama. Manakala Jawatankuasa Semakan Arahan Tetap Pengarah JAIN pula telah berjaya membincangkan cadangan penambahbaikan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2007.
 
model sop 2020 2
 
model sop 2020 1
 
model sop 2020 3
 
model sop 2020 4
 
model sop 2020 5