Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
1 September 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah menerima kunjung hormat dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).
 
Objektif utama kunjung hormat ialah bagi membincangkan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan bersama antara JAKIM dan MKN serta membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan isu keselamatan berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan syariah.
 
Delegasi MKN diketuai oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik iaitu YBrs. Tuan Zamri bin Mismam bersama pegawai-pegawai kanan. Perbincangan dua agensi ini dipengerusikan oleh Pengarah BPPPS iaitu YBrs. Tuan Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim.
 
Kerjasama ini diharap dapat memberikan impak yang besar pada masa akan datang kepada jabatan sebagai badan yang berautoriti dalam menjaga keamanan dan memartabatkan agama Islam di Malaysia.
 
mkn jakim 2020 4
 
 
mkn jakim 2020 1
 
 
mkn jakim 2020 2
 
 
mkn jakim 2020 3