Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
10 September 2020 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA)  Jabatan Perdana Menteri bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung Kompleks Setia Perdana Putrajaya.
 
Delegasi BPPPS JAKIM yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah BPPPS disambut dan dialu-alukan kedatangannya oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Anugerah & Persidangan, Tuan Haji Azman bin Ishak mewakili Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan YBhg. Datuk Rozainor bin Ramli.
 
Pertemuan mesra ini disulami dengan perbincangan memperkasa Institusi Penguat Kuasa Syariah di Malaysia dalam menghadapi cabaran yang lebih global di masa mendatang. Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan usaha penyeragaman pemakaian pakaian seragam, pangkat dan reben pingat oleh pegawai penguat kuasa agama seluruh Malaysia. BIUPA menyambut baik usaha murni ini.
 
biupa 2020 3
 
biupa 2020 1
 
biupa 2020 2