Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor telah mengadakan Persidangan Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (PKJ) Ke-98 bertempat di The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru, Johor.
 
Seramai 75 orang ahli dan wakil dari JAIN dan MAIN Seluruh Malaysia telah menghadiri persidangan tersebut yang bermula pada 25 hingga 27 Oktober 2015dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM. Antara yang turut serta dalam persidangan tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Muji bin Salimon, Pengarah JAIN Johor dan YBrs. Tuan Haji Md. Rofiki bin Dato’ Haji A. Shamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIN Johor, YBhg. Dato' Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM, YBrs. Tuan Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, YBrs. Encik  Masri bin Razali, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, Pengarah-Pengarah JAKIM dan Pengarah-Pengarah JAIN/MAIN serta Pegawai-Pegawai Kanan wakil agensi-agensi dibawah YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
Persidangan ini merupakan salah satu platform utama bagi menyelaraskan pelbagai isu-isu semasa hal ehwal Islam di peringkat pusat dan negeri di samping berkongsi idea, pandangan dan pengetahuan bagi memastikan setiap perancangan dan tindakan perkembangan Islam di negara ini berjalan lancar, bersepadu dan berkesan.
 
PKJ 98 1
 
PKJ 98 2
 
PKJ 98 3
 
PKJ 98 4
 
PKJ 98 5
 
PKJ 98 6
 
PKJ 98 7
 
PKJ 98 8
 
PKJ 98 9
 
PKJ 98 10
 
PKJ 98 11