Kuala Lumpur, 21 Safar 1437H bersamaan 3 Disember 2015M, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom(B) telah menyampaikan perutusan sempena Persidangan Pengerusi-Pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia Bil.2/2015. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua agensi agama khususnya Jabatan/Majlis Agama Islam seluruh Malaysia atas kerjasama yang sangat baik dalam membantu Kerajaan Persekutuan menangani isu-isu semasa umat Islam di Malaysia. Beliau juga berkongsi beberapa perkara sebagai ingatan semua ahli persidangan seperti cabaran agensi agama melalui media baharu, ancaman terhadap kesucian Agama Islam, pengurusan wakaf di Malaysia, pemerkasaan Darul Quran dan lain-lain lagi. Sebanyak 3 kertas makluman telah dibentang dalam persidangan pada kali ini.
Persidangan Pengerusi-Pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia Bil.2/2015 ini telah diadakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur. Persidangan yang dipengerusikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom(B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut disertai seramai 8 orang Pengerusi Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri. Turut hadir juga YB Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM merangkap Setiausaha persidangan, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia, agensi-agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, wakil Jabatan Perkhidmatan Awam, wakil Kementerian Kewangan, wakil Jabatan Hal Ehwal Khas dan Pengarah-Pengarah Bahagian di JAKIM. Persidangan yang bermula jam 10.30 pagi telah ditangguhkan pada jam 1.05 tengah hari.

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom(B) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bergambar bersama-sama
Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia

Persidangan sedang berlangsung

Suasana semasa persidangan berlangsung