Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengadakan Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia ke-104 di Hotel Adya, Pulau Langkawi, Kedah pada 23 hingga 25 Februari 2018. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim. Turut serta Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah-Pengarah Bahagian di JAKIM. Persidangan juga dihadiri Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia, wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Bantuan Guaman, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Bahagaian Agama dan Kaunseling (BAKA), PDRM dan beberapa agensi di bawah Menteri Di JPM.
 
YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim telah menyampaikan perutusan sempena persidangan tersebut merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi agama khususnya Jabatan/Majlis Agama Islam seluruh Malaysia atas kerjasama yang sangat baik membantu Kerajaan Persekutuan menangani isu-isu semasa umat Islam di Malaysia. Sebanyak lima kertas cadangan, lima kertas makluman dan tiga kertas taklimat telah dibentang dalam persidangan pada kali ini.
 
PKJ Ke 104 1
 
PKJ Ke 104 2
 
PKJ Ke 104 3
 
PKJ Ke 104 4