Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
Bangi, 5 Disember 2018- Jabatan Perdana Menteri telah menghimpunkan semua agensi agama dalam satu Bengkel Hala Tuju Agensi Islam bertempat di Institut Latihan Islam (ILIM) selama dua hari bermula 5 Disember yang diurussetiakan oleh JAKIM. Bengkel ini dirasmikan oleh YB Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebanyak 12 agensi agama terlibat dalam bengkel ini iaitu JAKIM, IKIM, YADIM, YaPIEM, Tabung Haji, JAWHAR, TV Alhijrah, Yayasan Waqaf, JAWI, JKSM, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan MAIWP dengan penyertaan lebih dari 100 orang pegawai. Sesi bengkel ini dipimpin oleh pegawai-pegawai MAMPU bagi memastikan bengkel mencapai objektif yang diingini.

Bengkel ini diadakan selaras dengan agenda Kerajaan Baru yang ingin menambaihbaik perkhidmatan agama di Negara ini. Hala tuju agensi agama akan dirangka berdasarkan 3 teras utama iaitu pendekatan Rahmatan Lil Alamin, kedua, kerangka Maqasid syariah dan ketiga, roadmap Fiqh Malizi.
 
Bengkal Hala Tuju Agensi Agama 1
 
Bengkal Hala Tuju Agensi Agama 2
 
Bengkal Hala Tuju Agensi Agama 3
 
Bengkal Hala Tuju Agensi Agama 4
 
Bengkal Hala Tuju Agensi Agama 5
 
Bengkal Hala Tuju Agensi Agama 6
 
Bengkal Hala Tuju Agensi Agama 7
 
Bengkal Hala Tuju Agensi Agama 8
 
Bengkal Hala Tuju Agensi Agama 9
 
Bengkal Hala Tuju Agensi Agama 10