Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
SEREMBAN 12 Mac. Bersempena dengan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1440H/2019M, Jawatankuasa Induk mengadakan Pra-Pelancaran MTHQK yang dirasmikan pelancarannya oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Hj Aminuddin bin Harun. Majlis ini juga dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hajah Fuziah binti Salleh, YB SUK Negeri Sembilan, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Majlis pra-pelancaran ini di adakan di Dewan Perbandaran Seremban dengan berlatarbelakangkan astaka yang bakal digunakan kelak.

Para peserta pada MTHQK ini adalah pemenang mewakili negeri masing-masing. Seramai 24 peserta tilawah dan seramai 84 peserta hafazan dijangka mengambil bahagian dan mempersembahkan bacaan dan hafazan masing-masing. Menarik pada tahun ini, seorang peserta berusia 12 tahun menjadi peserta termuda pada MTHQK kali ini.

MTHQK pada tahun ini akan berlangsung selama 6 hari 6 malam bermula 17 Mac berakhir pada 22 Mac 2019. Pelbagai kemudahan disediakan untuk para pengunjung antaranya, ruang pameran, food trucks, surau bergerak dan lain-lain lagi. Semua rakyat Malaysia dijemput menghadiri majlis ini terutamanya mereka yang tinggal disekitar Seremban.
 
Pra Pelancaran MTHQK Seremban 1
 
Pra Pelancaran MTHQK Seremban 2
 
Pra Pelancaran MTHQK Seremban 3