Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
KUALA LUMPUR – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara.

Turut berangkat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong - Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Keberangkatan baginda berdua pukul 7.10 malam, disambut Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Majlis turut dihadiri beberapa menteri kabinet. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Yasin, tahlil serta doa selamat yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara - Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Seterusnya, baginda berdua dan para hadirin menunaikan solat Isyak berjemaah. Pasangan diraja itu turut berkenan bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah sebelum berangkat meninggalkan majlis pukul 8.40 malam. Sementara itu , Khutbah Khas sempena Sambutan Hari Pahlawan diadakan pada Solat Jumaat, 20 September 2019 di Surau Istana Negara.
 
Yasin Tahlil Doa Hari Pahlawan 2019 1
 
Yasin Tahlil Doa Hari Pahlawan 2019 2
 
Yasin Tahlil Doa Hari Pahlawan 2019 3