Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Hab Halal dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) telah menganjurkan Wacana Halal@Putrajaya:Yakini Halal Malaysia pada 12 April 2017 (Rabu) bertempat di Auditorium Jakim, Kompleks Islam Putrajaya (KIP).

Wacana Halal ini merupakan sebahagian daripada Kempen ‘Yakini Halal Malaysia’ sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran pengguna terhadap isu-isu halal.

Seramai 650 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan dari pelbagai agensi dan kementerian sekitar Putrajaya, para pelajar dan pensyarah  IPTA/S, orang awam serta industri telah hadir wacana pada kali ini.

Pengisian program Wacana Halal@Putrajaya: Yakini Halal Malaysia dimulakan dengan Slot Taklimat Halal bertajuk “Kenali Halal Malaysia” yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal, Jakim. Kemudiannya disusuli  dengan Slot Bual Bicara Halal bertajuk “ Kejap Halal Kejap Haram”  yang dibarisi oleh YBhg. Dato Dr. Izhar Ariff bin Kashim, Ahli Panel  Syariah Pengesahan Halal Negeri Selangor  dan Ustaz Mohd Amri bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, JAKIM. Moderator ialah Ustaz Zakaria bin Othman dari Bahagian Kemajuan Islam, Jakim. 

Majlis perasmian penutup Wacana Halal@Putrajaya: Yakini Halal Malaysia yang julung kali diadakan di Putrajaya ini telah disempurnakan  oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.  Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim dan YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal, Jakim.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakankan program ini. Semoga usaha meningkatkan kesedaran halal akan tercapai berdasarkan objektif yang disasarkan.

wacanaputrajaya banner

WACANAPUTRAJAYA 12 APRIL 2017 2

WACANAPUTRAJAYA 12 APRIL 2017 3

WACANAPUTRAJAYA 12 APRIL 2017 8

WACANAPUTRAJAYA 12 APRIL 2017 4

WACANAPUTRAJAYA 12 APRIL 2017 6

WACANAPUTRAJAYA 12 APRIL 2017 7