Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
3 Julai 2017 ( 9 Syawal 1438H) Sekitar kunjung hormat delegasi dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diwakili oleh YBhg. Dato' Dr Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal, En. Mohd Fakarudin Mas'od & En. Muhammad Naim Mohd Aziz ke Emirates Standardization & Metrology Authority (ESMA) Dubai.

Tujuan kunjungan hormat menjurus kepada perbincangan dan pemeteraian kerjasama dua hala JAKIM dan ESMA dalam bidang pensijilan halal. Lawatan ini juga adalah agenda antarabangsa JAKIM dalam meletakkan Malaysia sebagai penanda aras halal global.

Selain itu, turut berlangsung pertemuan tidak rasmi atas undangan HE Eng. Mohamed Saleh Badri Secretary General International Halal Accreditation Forum (IHAF) di Sofitel Dubai, Downtown pada 4 Julai 2017.

Perbincangan menjurus kepada ruang kerjasama  antara IHAF dan International Halal Authorities Board (IHAB) yang menjadi salah satu dari lima inisiatif di bawah Majlis Halal Malaysia (MHM).

Pertemuan berakhir dengan kedua-dua pihak bersedia untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan matlamat untuk mewujudkan satu  persefahaman yang jitu dalam aktiviti pensijilan halal berkonsepkan misi 'to serve the Ummah'.

dubai01

dubai 03072017 2

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaGoGlobal