Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Bandar Enstek, Nilai, 29 Mac 2018 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Hab Halal mencipta sejarah yang tersendiri apabila Pusat Analisis Halal Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysia Halal Analysis Centre (MyHAC) dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Hj. Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mewakili Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dengan keluasan 48,000 kaki persegi, Pusat Analisis Halal di bawah seliaan kerajaan yang pertama seumpamanya di dunia ini terdiri daripada 2 seksyen utama iaitu Seksyen Kimia dan Seksyen Bioteknologi.

Pusat Analisis Halal Malaysia ini berfungsi dalam menjalankan kajian, ujian dan penyelidikan terhadap produk-produk yang dipersijilkan halal dan seterusnya meningkatkan lagi keyakinan dunia terhadap Pensijilan Halal Malaysia.

Turut hadir bersama dalan majlis perasmian ini ialah YB Dato' Seri Dr Hj. Awaludin bin Said, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan dan YBhg.Tan Sri Dato' Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM.

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

gambar rasmi myhac 1 29032018

gambar rasmi myhac 2 29032018

 gambar rasmi myhac 3 29032018

 gambar rasmi myhac 4 29032018

gambar rasmi myhac 5 29032018