Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
Putrajaya, 20 April 2018 (Jumaat) bersamaan 4 Sya’aban 1439H, seramai 40 orang pelajar Jurusan Pendidikan Islam (ISED) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengadakan Lawatan sambil belajar ke Bahagian Hab Halal Jakim dengan diiringi oleh seorang pensyarah iaitu Dr. Nik Md Saiful Azizi bin Nik Abdullah .

Objektif lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada para siswazah mengenai isu-isu semasa berkaitan halal, prosedur, proses mengenai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) selain untuk memenuhi keperluan kebolehan pasaran para siswazah selepas mereka tamat pengajian nanti.
 
Penerangan ini telah disampaikan oleh Ustaz Johari bin Ab. Latiff, Penolong Pengarah Kanan, Unit Strategi Nasional (Polisi), Seksyen Strategik, Cawangan Perancangan Strategik, Bahagian Hab Halal, Jakim.
 
GAMBAR LAWATAN UIAM ISED 1 20042018
 
GAMBAR LAWATAN UIAM ISED 2 20042018
 
GAMBAR LAWATAN UIAM ISED 3 20042018