Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
Putrajaya, 19 Rejab 1439H (6 April 2018)- Dalam usaha memartabatkan pembangunan modal insan dan professional halal di peringkat global, Malaysia International Halal Academy (MIHA) JAKIM telah menyaksikan proses menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara salah satu Rakan Strategik MIHA, JCP Professional dengan wakil dari Pakistan, Halal Development Council (HDC) dan Al-Madinah Marketing Consultant (MMC).
 
Majlis tersebut turut disaksikan oleh Mr Riaz Ahmed Sheikh, Commercial Counsellor dari High Comission of Pakistan bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Encik Mohd Asri bin Abdullah.
 
Memorandum persefahaman (MoU) ini bertujuan untuk penyelarasan program kapasiti halal yang akan dilaksanakan oleh JCP Professional dan HDC dan MMC dengan kerjasama MIHA dalam pembangunan kapasiti halal di Pakistan melalui kaedah training and coaching, khususnya dalam pemahaman Standard Malaysia, Malaysia Halal Meat Protocol dan prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
 
Gambar MOU JCP 2 06042018
 
Gambar MOU JCP 3 06042018
 
Gambar MOU JCP 1 06042018