Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
Putrajaya - Bengkel Perbincangan Penggunaan Nama dan Menu Yang Sinonim dengan Tidak Halal dalam Pensijilan Halal Malaysia telah dijalankan pada 14 dan 15 Mei 2018. Penglibatan daripada wakil Cawangan Pengesahan Halal, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal JAKIM serta Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
 
Perbincangan ini selaras dengan pembangunan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia edisi ketiga. Bengkel ini bertujuan mengenalpasti dan menyelaras penggunaan nama dan menu yang sinonim dengan tidak halal melalui carian maklumat semasa.
 
Penggunaan nama dan menu yang sinonim dengan tidak halal akan memberi kesan kepada pensijilan halal serta mengelirukan pengguna. Oleh yang demikian, nama yang dikenalpasti telah disenaraikan serta akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan dalam pensijilan Halal Malaysia.
 
Ikuti pelbagai aktiviti Halal Malaysia di:-
 
 
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
 
BENGKEL MENU 1415052018 1
 
BENGKEL MENU 1415052018 3
 
BENGKEL MENU 1415052018 2