Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Majlis yang julung kali diadakan sempena kedatangan Bulan Ramadhan al Mubarak 1439 Hijrah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari warga Bahagian Hab Halal JAKIM.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim dan Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee turut hadir memeriahkan lagi majlis.

Antara pengisian utama majlis ialah sesi taklimat khas yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JAKIM. Dalam sesi taklimat khas ini Ketua Pengarah JAKIM menyeru agar warga kerja Bahagian Hab Halal terus maju dan komited dalam membangunkan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti halal.

Majlis anjuran Kelab Kebajikan & Rekreasi Bahagian Hab Halal, JAKIM ini diakhiri dengan penyampaian sumbangan hari raya kepada kakitangan Bahagian Hab Halal yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JAKIM.

*Ikuti suasana sekitar majlis di:-

https://bit.ly/2sEm5cB

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

GAMBAR KHATAM QURAN BHH 1 06062018

GAMBAR KHATAM QURAN BHH 2 06062018

GAMBAR KHATAM QURAN BHH 3 06062018

 GAMBAR KHATAM QURAN BHH 4 06062018

GAMBAR KHATAM QURAN BHH 5 06062018

GAMBAR KHATAM QURAN BHH 6 06062018