Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Putrajaya, 19 Julai 2018 – Seramai 33 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Katholik, Daegu, Korea Selatan termasuk 10 orang mahasiswa dan 3 orang pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bahagian Hab Halal JAKIM.

Lawatan yang bermula sekitar jam 9.30 pagi di bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya itu menjurus kepada perkongsian berkenaan isu-isu yang berkaitan halal dan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM serta peranan bahagian ini kepada masyarakat.

Lawatan ini telah diberi penerangan oleh dua orang pegawai Bahagian Hab Halal JAKIM, iaitu Encik Mohd Safzan bin Mohd Mukhtar, Penolong Pengarah, Unit Industri, Seksyen Komunikasi Korporat dan Ustazah Norhafezah Hanem binti Halim, Penolong Pengarah, Unit Strategi Antarabangsa, Seksyen Strategi, Cawangan Perancangan Strategi.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

LAWATAN UITM KOREA 1 19072018

LAWATAN UITM KOREA 2 19072018

LAWATAN UITM KOREA 3 19072018

LAWATAN UITM KOREA 4 19072018