Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Nilai, 10 ogos 2018-  Malaysia Halal Analysis Centre (MyHAC) yang terletak di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan telah menerima lawatan dari Jabatan Standard Malaysia.

Lawatan ini bersempena dengan Malaysia Technical Cooperation Programme (MTCP) on Halal Standards and Conformance Infrastructure yang berlangsung di Hotel Sama-sama, Sepang, Selangor.

Program yang bermula 8 hingga 15 Ogos ini dihadiri oleh 15 orang peserta luar negara yang terdiri daripada negara-negara Organisation of Islamic Cooperation (OIC) dan ASEAN serta 15 orang peserta tempatan.

Bagi memantapkan lagi program ini, Standards Malaysia telah mengenal pasti Malaysia Halal Analysis Centre (MyHAC) sebagai salah satu tempat untuk dilawati oleh para peserta.

Melalui lawatan ini, para peserta bengkel akan mendapat lebih banyak maklumat berkaitan pematuhan halal dan seterusnya dapat memantapkan lagi pengetahuan mereka mengenai infrastruktur pematuhan halal di Malaysia.

*Ikuti aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaGoGlobal

LAWATAN MTCP MYHAC 10082018 1

LAWATAN MTCP MYHAC 10082018 2

LAWATAN MTCP MYHAC 10082018 3

LAWATAN MTCP MYHAC 10082018 4