Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Putrajaya, 13 Ogos 2018 - Seramai 9 orang pelawat dari Syarikat Cresdo Sdn Bhd dan wakil kilang dari Korea Selatan telah mengadakan lawatan ke Bahagian Hab Halal, JAKIM.

Lawatan yang diketuai oleh En Ritaudeen bin Yahil selaku Pengarah Urusan syarikat berkenaan bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Prosedur dan Standard Pensijilan Halal Malaysia.

Turut bersama menyantuni lawatan ialah Puan Nur Aniqah Bt Muhamad Amin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, JAKIM. Antara perkongsian yang dilakukan ialah berkenaan latar belakang dan prosedur pensijilan halal Malaysia.

*Ikuti aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaGoGlobal

LAWATAN KILANG KOREA 1 13082018

LAWATAN KILANG KOREA 2 13082018

LAWATAN KILANG KOREA 33 13082018