Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Putrajaya, 21 September 2018 - Hari ini Bahagian Hab Halal, JAKIM mencipta sejarah yang tersendiri apabila menerima Sijil Cap Dagangan dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk lima inisiatif yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan lagi imej Pensijilan Halal Malaysia.

Sijil Cap Dagangan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato' Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), di Majlis Perhimpunan Bulanan KPDNHEP bagi bulan September 2018.

Lima inisiatif tersebut ialah Halal Professional Board (HPB), Malaysia International Halal Academy (MIHA), Halal International Research Academy (HIRA), Halal Innovation & Technology Centre (HITEC) dan International Halal Authority Board (IHAB).

Majlis penyampaian sijil yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tersebut dihadiri oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal, JAKIM.

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaGoGlobal

https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

www.halal.gov.my

ANUGERAH MYIPO 21092018