Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Putrajaya, 01 Oktober 2018 (Isnin) - Satu lawatan akademik dari Kolej Komuniti Chenderoh, Kuala Kangsar, Perak telah berlangsung di Bahagian Hab Halal, JAKIM, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya sekitar jam 3 petang ini.

Lawatan yang bertujuan untuk memperoleh maklumat dan pendedahan berkaitan pengurusan dan perkhidmatan pensijilan halal di Malaysia itu disertai oleh 40 orang pelajar dari kolej berkenaan.

Turut bersama menyantuni lawatan kali ini ialah Ustazah Nursyazrin bt Nazee Mudeen, Penolong Pengarah, Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal, JAKIM.

*Ikuti aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

LAWATAN KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH PERAK 01102018 1

LAWATAN KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH PERAK 01102018 2

LAWATAN KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH 01102018 4