Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Putrajaya, 2 Oktober 2018 (Selasa) - Satu mesyuarat penyelarasan bersama Malaysia International Halal Academy (MIHA) JAKIM dan Rakan Strategik telah diadakan sebagai usaha menambahbaik dan memperkasakan ekosistem halal agar lebih kompetitif di peringkat global.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM , Dato’ Dr Sirajuddin bin Suhaimee tersebut turut dihadiri oleh Rakan Strategik yang berdaftar dengan MIHA, serta pegawai-pegawai kanan Bahagian Hab Halal JAKIM.

Antara agenda utama mesyuarat adalah pembentangan Garis Panduan Pendaftaran Rakan Strategik MIHA 2018, yang diwujudkan bagi melancarkan lagi gerak kerja Rakan Strategik sebagai penyampai Dasar Halal Malaysia kepada industri di dalam dan luar negara.

*Ikuti aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

MESYUARAT MIHA 1 02102018

MESYUARAT MIHA 2 02102018

MESYUARAT MIHA 3 02102018