Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melakar sejarah, apabila buat julung kalinya dianugerahkan The Brandlaureate World Halal BestBrands Award 2018 bagi kategori World Halal Strategic Business Partner Awards.

Majlis anugerah ini berlangsung di Grand Ballroom, The Majestic Hotel Kuala Lumpur pada 27 september 2018 dan anugerah tersebut telah diterima oleh Pengarah Bahagian Hab Halal, Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM. Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Rainer Althoff, Chairman of The Brandlaureate pada Majlis Makan Malam.

Dengan bertemakan Halal Adds Value to Your Business and Your Brand, anugerah ini melambangkan pengiktirafan   industri kepada usaha kerajaan dalam memastikan pensijilan halal Malaysia kekal di arus perdana.

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

ANUGERAH BRANDLAUREATE UTAMA 1 27092018

ANUGERAH BRANDLAUREATE 227092018

ANUGERAH BRANDLAUREATE 3 27092018

ANUGERAH BRANDLAUREATE 4 27092018