Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

MAKKAH, 05 November -Jabal Omar Hilton Makkah and Convention Centre, Makkah Al-Mukarramah: 13th SMIIC General Assembly (SMIIC GA) adalah pengisian selanjutnya Pertemuan Tahunan Standard & Metrology Institute for Islamic Country yang turut dihadiri deligasi dari Malaysia.

SMIIC GA diadakan serentak dengan SMIIC BOD Meeting yang telah berlangsung pada 4 November 2018. Semestinya sasaran baru akan diletakkan pada pertemuan kali ini.

Deligasi Malaysia bertambah semasa SMIIC GA dengan kehadiran wakil MATRADE selain YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM bersama ketua deligasi Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahya, Ketua Setiausaha MESTECC dan En. Hussalmizzar Hussain Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Standard Malaysia.

Pertemuan Tahunan 17th SMIIC Board of Directors (BOD) Meeting dan 13th SMIIC General Assembly (GA) Meeting akan melabuhkan tirai pada hari ini.

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaGoGlobal

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

SMIIC OIC 05112018 1

SMIIC OIC 05112018 2

SMIIC OIC 05112018 3