Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA, 08 November – Dalam menyantuni ummah dan membawa rahmat, Bahagian Hab Halal, JAKIM terus menerima lawatan dari pelbagai pihak yang ingin mengetahui informasi berkaitan Pensijilan Halal Malaysia.

Lawatan dari agensi luar ke Bahagian Hab Halal, JAKIM yang berlangsung pagi ini melibatkan 22 orang warga dari Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) anjuran Bahagian Pengajian Sektor Perkhidmatan dan Pengurusan perbadanan berkenaan.

Sesi perkongsian yang berlangsung selama 2 jam bermula 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Aras 6, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya itu menjurus kepada penerangan berkaitan peranan dan fungsi Bahagian Hab Halal, JAKIM serta prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Turut bersama menyantuni lawatan kali ini ialah Ustaz Mohd Ilmy Hidayat Sabri dan Puan Emmy Farina Mansor, Penolong Pengarah, Bahagian Hab Halal, JAKIM.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

LAWATAN PERHEBAT 1 08112018

LAWATAN PERHEBAT 2 08112018

LAWATAN PERHEBAT 3 08112018