Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA, 08 November – Bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemaskini berkaitan pensijilan dan isu-isu halal semasa, International Institute for Halal Research & Training (INHART), International Islamic University Malaysia (IIUM) telah mengadakan lawatan ilmiah ke Bahagian Hab Halal, JAKIM hari ini.

Lawatan INHART yang diketuai oleh En. Muhammad Afifuddin Iskandar bersama 15 orang mahasiswa dari dalam dan luar negara serta seorang pensyarah dari institusi berkenaan telah dijalankan di Presint 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hab Halal JAKIM, En Mohd Fakarudin Masod turut bersama menyantuni dan berkongsi informasi bersama deligasi lawatan kali ini.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

LAWATAN INHART 1 08112018

LAWATAN INHART 2 08112018