Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Seramai 31 orang delegasi dari Himpunan Kawasan Industri Indonesia (HKI) telah mengadakan kunjungan kerja ke Bahagian Hab Halal JAKIM, Putrajaya pada 12 November 2018.

Delegasi lawatan yang diketuai oleh Tuan Sanny Iskandar bersama 2 orang wakil dari pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat berkaitan pengurusan dan pensijilan halal di Malaysia.

Kunjungan kerja yang berlangsung selama 2 jam di Kompleks Islam Putrajaya turut membincangkan sebarang bentuk kerjasama antara JAKIM dan himpunan industri di Indonesia selain perkongsian maklumat berkenaan pelaksanaan pensijilan halal JAKIM di peringkat antarabangsa.

Turut bersama menyantuni kunjungan ini ialah Puan Marzita Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal JAKIM dan beberapa orang pegawai kanan yang lain.

Semoga dengan lawatan seumpama ini akan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara dua buah negara serumpun khususnya dalam bidang Pensijilan Halal demi kebaikan ummah sejagat.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaGoGlobal

LAWATAN KEDUTAAN INDONESIA 1 12112018

LAWATAN KEDUTAAN INDONESIA 2 12112018

LAWATAN KEDUTAAN INDONESIA 3 12112018

LAWATAN KEDUTAAN INDONESIA 4 12112018