Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA, 13 November - Bagi memperkukuhkan lagi kaedah pengurusan Halal di negeri Perak, seramai 13 orang pegawai dari Unit Pengurusan Halal, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Perak yang diketuai oleh Haji Yusri Abd Rani telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Hab Halal JAKIM, Putrajaya.

Antara perkongsian utama lawatan kali ini ialah berkenaan pelaksanaan sistem MYeHALAL secara keseluruhan untuk kegunaan pengurusan pensijilan halal kategori pemantauan dan Original Equipment Manufacturing (OEM)

Turut dikongsi bersama informasi mengenai kaedah pengambilan dan penghantaran sampel semasa audit lapangan dijalankan yang disampaikan oleh Dr Azilawati Mohd Ismail dari Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC).

Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee dan beberapa orang pegawai atasan bahagian turut bersama menyantuni lawatan yang dijalankan di sekitar aras 6 dan 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaGoGlobal

LAWATAN JAIPk 1 13112018

LAWATAN JAIPk 2 13112018

LAWATAN JAIPk 3 13112018

LAWATAN JAIPk 5 13112018

LAWATAN JAIPk 55 13112018