Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA, 17 Disember – Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menganjurkan Round Table Discussion (RTD) bersama Industri-Industri di Malaysia. Pertemuan dan perbincangan yang diatur pada kali ini difokuskan bersama wakil-wakil Persatuan Industri di Malaysia.

Perbincangan yang berlangsung di Ruang Aktiviti Aras 7, Kompleks Islam Putrajaya tersebut telah diketuai oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee Pengarah Majlis Halal Malaysia dan Ustaz Bukhari Md Akhir, Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

Tujuan penganjuran RTD ini adalah untuk memberi input terkini kepada pihak industri berkaitan penstrukturan baharu Pengurusan Halal dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Selain itu, maklumat terkini berkenaan penambahbaikan Manual Prosedur Pensijilan Halal turut dikongsi bersama industri yang hadir di samping info serta aktiviti yang dirancang untuk tahun 2019.

Perkongsian sepanjang program ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Majlis Halal Malaysia dan Ustaz Muhamad Hawari Hassan, Penolong Pengarah Kanan, Majlis Halal Malaysia.

Semoga platform perbincangan seumpama ini akan dapat membantu pihak industri memahami isu-isu terkini berkaitan Pensijilan Halal dan seterusnya mengeratkan hubungan yang baik antara pihak industri dan agensi agama.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

RTD BIL4 17122018 UTAMA

RTD BIL 4 17122018 2

RTD BIL4 17122018 1