Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

 

PUTRAJAYA, 3 Januari - Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima kunjung hormat dari pihak Export-Import Bank of Malaysia Berhad yang diketuai oleh Encik Baharuddin Muslim, Timbalan Presiden Bank berkenaan.

Kunjung hormat yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Pensijilan Halal Malaysia dalam usaha membantu merancakkan agenda menyebarluaskan kefahaman berkaitan Pensijilan Halal Malaysia.

Turut bersama menyantuni lawatan kali ini, YBrs. Tuan Mohd Nasir bin Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengesahan Halal, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM bersama pegawai-pegawai dari bahagian ini.

Semoga dengan pertemuan seumpama ini akan terus mengukuhkan lagi hubungan serta kefahaman juga merancakkan kolaborasi bersama agensi-agensi nasional berkaitan Pensijilan Halal Malaysia.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmatanlilalamin

LAWATAN BANK 03012019 UTAMA

LAWATAN BANK 03012019 2