Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA, Sesi technical update yang merupakan salah satu platform memperkaya pengetahuan untuk meningkatkan kompetensi pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Halal dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM telah diadakan pada 22 Februari 2019 yang lalu di Kompleks Islam Putrajaya.

Hasil kajian penyelidikan yang bertajuk "Kuarantin Ayam Jallalah" telah dibentangkan oleh Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Dr. Sa’adan Bin Man dalam sesi kali ini.

Isu-isu berkaitan haiwan jallalah telah diketengah dan dikupas dengan baik oleh Dr. Sa’adan Man dalam memberi kefahaman kepada pegawai dan kakitangan di bahagian ini serta mempunyai kaitan dalam pensijilan halal Malaysia sekaligus dapat mengelakkan salah faham berkenaan haiwan jallalah yang pernah hangat diperkatakan apabila terdapat berita mengenai penemuan ternakan ikan keli yang diberi makan bangkai babi.

Sesi technical update seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan topik yang lebih menarik berkaitan Pensijilan Halal Malaysia seterusnya dapat memantapkan lagi pengetahuan info-info halal semasa dalam kalangan warga kerja di kedua-dua bahagian.

http://bit.ly/TechnicalUpdateFeb2019

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

 

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

TECHNICAL UPDATE HAIWAN JALLALAH UTAMA 22022019

TECHNICAL UPDATE HAIWAN JALLALAH 2 22022019

TECHNICAL UPDATE HAIWAN JALLALAH 3 22022019

TECHNICAL UPDATE HAIWAN JALLALAH 4 22022019