Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA, 28 Februari 2019 - Menutup tirai Bulan Februari 2019, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima lawatan sambil belajar dari Universitas Islam Negeri Alauddin, Makassar, Indonesia yang diketuai oleh Ibu Haeria selaku Ketua Jurusan Farmasi.

Dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman berkenaan Farmaseutikal Halal di samping penjelasan isu-isu halal semasa, lawatan yang melibatkan 33 orang mahasiswa jurusan farmasi UIN Aalauddin tersebut berjalan dengan lancar di Kompleks Islam Putrajaya.

Sesi perkongsian maklumat berkaitan prosedur Pensijilan Halal Malaysia untuk Farmaseutikal Halal yang berlangsung hampir 2 jam tersebut telah disampaikan oleh Puan Afzatul Afzan bt Abu Bakar dan Puan Nur Syazwani Lyana bt Mohamad Zohan, Penolong Pengarah, Seksyen Audit, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

 

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

LAWATAN UIN INDON UTAMA 28022019

LAWATAN UIN INDON 2 28022019

LAWATAN UIN INDON 3 28022019

LAWATAN UIN INDON 4 28022019