Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA - Pensijilan Halal Malaysia terus mendapat perhatian dan menarik minat pelbagai pihak termasuk dari syarikat KESAS Sdn Bhd yang merupakan salah satu syarikat pengurusan lebuh raya di Malaysia. Hasrat murni ini dizahirkan melalui kunjungannya buat julung kali ke Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM pada 09 April 2019.

Kunjungan ini memberi tumpuan kepada mengenai prosedur dan langkah-langkah yang perlu dipatuhi dalam proses permohonan pensijilan Halal Malaysia untuk pengendali gerai makanan/minuman kawasan Rehat dan Rawat (R & R) yang beroperasi di Lebuh Raya Shah Alam di bawah pengurusan KESAS Sdn. Bhd.

Perbincangan yang berlangsung hampir 1 jam tersebut telah disantuni oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, YBrs Tuan Bukhari Md Akhir bersama pegawai-pegawai dari Bahagian ini manakala syarikat KESAS Sdn. Bhd. diwakili oleh  Tuan Hj Abdul Rashid Abdul Rahman selaku Timbalan Pengurus Besar, Bahagian Kewangan dan Korporat dan En. Mohd Anuar Md Lazim selaku Eksekutif Kanan syarikat berkenaan.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

LAWATAN KESAS UTAMA 09042019

LAWATAN KESAS 2 09042019

LAWATAN KESAS 3 09042019