Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

KANGAR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), telah menganjurkan Seminar Yakini Halal Malaysia Peringkat Negeri Perlis 2019 pada 11 April 2019 bertempat di Dewan Warisan Kangar, Perlis.

Seminar yang dihadiri oleh seramai 500 orang peserta terdiri daripada pelajar, kakitangan kerajaan serta komuniti masyarakat sekitar itu telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis. Turut hadir bersama Datuk Haji Mohamad Nordin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM, Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM, Dr. Hazman Hassan, Pengarah JAIPs, En. Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs).

Seminar tersebut telah diisi dengan 2 slot ceramah. Slot ceramah pertama bertajuk “Memahami Konsep Halalal Toyyiban” telah disampaikan oleh Prof. Dr. Basri Ibrahim, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Slot kedua bertajuk “Viral Halal : Sejauhmana Kebenarannya?” telah disampaikan oleh Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM.

Turut diadakan Majlis Pengurniaan Watikah Lantikan Panel Pengesahan Halal Peringkat Negeri Perlis serta Pengurniaan Sijil Pengesahan Halal Malaysia Kepada Pengusaha Industri di negeri berkenaan.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiatheWorldFirstClass

#HalalConnectingtheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

SYHM PERLIS UTAMA 11042019

SYHM PERLIS 2 11042019

SYHM PERLIS 3 11042019

SYHM PERLIS 4 11042019

SYHM PERLIS 55 11042019

SYHM PERLIS 6 11042019

SYHM PERLIS 7 11042019

SYHM PERLIS 8 11042019

SYHM PERLIS 9 11042019