Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA, 03 Mei 2019 - Buat julung kalinya Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima lawatan mahabbah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Tuan Adiratno bin Che Ani yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya.

Dengan tujuan untuk memperoleh perkongsian maklumat berkaitan pembangunan inovasi di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara agensi kerajaan, lawatan yang disertai oleh 15 orang pegawai dari JAWI telah disantuni oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, YBrs Tuan Bukhari Md Akhir dan pegawai-pegawai dari Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

Turut dikongsi dalam lawatan ini pengalaman dan gerak kerja JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal dalam penyertaan Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) yang pernah merangkul pingat emas peringkat Jabatan Perdana Menteri 2018 melalui projek Verify Halal dan beberapa anugerah yang berkaitan projek halal di peringkat Jabatan.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

LAWATAN JAWI UTAMA 03052019

LAWATAN JAWI 1 03052019

LAWATAN JAWI 3 03052019

LAWATAN JAWI 4 03052019

LAWATAN JAWI 5 03052019

LAWATAN JAWI 6 03052019

LAWATAN JAWI 5 03052019