Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
PUTRAJAYA - Demi memperkasa prosedur pengauditan serta proses kerja pensijilan halal Malaysia khususnya bagi skim kosmetik halal, pengilangan kontrak (OEM) dan logistik halal, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM telah berbesar hati menerima 3 orang pegawai pelatih dari Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Sarawak.
 
Latihan yang berlangsung selama 5 hari bermula 15 Julai lalu telah dijalankan di Aras 6, Seksyen Audit dan Proses, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya di bawah bimbingan pegawai-pegawai di seksyen berkenaan yang diketuai oleh En Mohd Fakarudin Masod, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pengesahan Halal, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM
 
Selain mengeratkan lagi hubungan antara JAKIM dan JAIN, latihan seumpama ini akan mampu meningkatkan lagi kefahaman dan kepakaran pegawai-pegawai halal di negeri berkenaan seterusnya memantapkan lagi proses kerja pensijilan halal Malaysia.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
 
Informasi Halal Bersama JAIS 1