Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
PUTRAJAYA, 22 Ogos 2019 - Misi menyantuni ummah diteruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal bersama Perbadanan Putrajaya melalui program "Smart Enforcement dan Halal Awareness"  kepada pengusaha-pengusaha medan selera dan premis makanan di Presint 8, Putrajaya.
 
Melalui lawatan mengejut yang dianjurkan oleh Bahagian Komersial Pembangunan Perniagaan dan Perlesenan, Perbadanan Putrajaya, pihak JAKIM telah diberi tanggungjawab untuk menyampaikan maklumat pensijilan halal dan info-info Halal Malaysia serta mencetuskan minat pengusaha-pengusaha mengenai "Mudahnya Halal Malaysia" dengan pendekatan yang rahmah. Pada masa yang sama, JAKIM juga turut mengedarkan Ringkasan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia kepada setiap premis makanan yang dilawati sebagai panduan mengemukakan permohonan sijil halal.
 
Encik Mohd Fakarudin Bin Mas'od, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM ketika ditemui berkata, penyertaan JAKIM dalam program ini adalah untuk memberi kesedaran halal kepada pengusaha premis makanan di sekitar Putrajaya dan penglibatan secara lapangan ini membuktikan bahawa JAKIM sangat komited membantu pengusaha dengan kerjasama pihak Perbadanan Putrajaya selaku Agensi Pembimbing bagi memastikan pengusaha mendapat info yang tepat serta secara langsung daripada pihak berautoriti dalam pensijilan halal Malaysia sendiri. Usaha sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa agar kesedaran terhadap kepentingan pensijilan halal dapat diperluaskan kepada semua pengusaha makanan. 
 
Untuk rekod, program ini turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dan pegawai-pegawai dari Perbadanan Putrajaya.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
 
SMART ENFORNCEMENT DAN HALAL AWARENESS 1
 
SMART ENFORNCEMENT DAN HALAL AWARENESS 2
 
SMART ENFORNCEMENT DAN HALAL AWARENESS 3
 
SMART ENFORNCEMENT DAN HALAL AWARENESS 4
 
SMART ENFORNCEMENT DAN HALAL AWARENESS 5
 
SMART ENFORNCEMENT DAN HALAL AWARENESS 6
 
SMART ENFORNCEMENT DAN HALAL AWARENESS 7