Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
PUTRAJAYA, 15 November 2019 - Hujan lebat yang membasahi Putrajaya hari ini menyambut lawatan seramai 30 orang mahasiswa jurusan Diploma Analisis Pelaburan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Segamat yang mengadakan lawatan akademik ke Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 
Lawatan yang diketuai oleh Ustazah Siti Noor Ain binti Aziz, pensyarah pengiring kampus berkenaan bertujuan untuk memperkasa pengetahuan mengenai selok-belok isu semasa dan cabaran terhadap pensijilan halal dalam Revolusi Perindustrian 4.0. Di samping itu, mahasiswa dihidangkan dengan input-input yang segar berkenaan Inisiatif Rahmah Halal Malaysia yang dilaksanakan oleh JAKIM. 
 
Perkongsian informasi tersebut disampaikan oleh para pegawai dari Bahagian Pengurusan Halal (BPH) dan Bahagian Kawal Selia Halal (BKH), JAKIM selama hampir 2 jam dan mendapat reaksi yang menggalakkan terhadap pelbagai topik yang diutarakan khususnya peluang kerjaya dalam industri halal di masa akan datang.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
#Rahmah
 
Lawatan Berinformasi Mahasiswa UiTM Segamat 1
 
Lawatan Berinformasi Mahasiswa UiTM Segamat 2
 
Lawatan Berinformasi Mahasiswa UiTM Segamat 3
 
Lawatan Berinformasi Mahasiswa UiTM Segamat 4
 
Lawatan Berinformasi Mahasiswa UiTM Segamat 5
 
Lawatan Berinformasi Mahasiswa UiTM Segamat 6