Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus komited untuk memangkin pengetahuan dan kesedaran halal bagi agensi pembimbing usahawan melalui penganjuran Program Pengenalan dan Kesedaran Halal kepada Kakitangan Tekun Nasional bertempat di Pejabat Tekun Nasional, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Kerjasama strategik JAKIM-Tekun Nasional berjaya membawa satu permulaan serta anjakan paradigma yang baharu ke arah melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang memiliki Sijil Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) di bawah bimbingan agensi berkenaan.

Program yang telah berlangsung selama dua hari bermula 28 September lalu telah dihadiri dengan jayanya oleh 30 orang kakitangan mereka. Ia digembeleng sebagai salah satu usaha serta komitmen kerajaan bagi membantu agensi pembimbing dalam memahami prosedur pensijilan halal agar mereka benar-benar bersedia untuk berhadapan dengan usahawan yang akan dibimbing kelak.

Bersandarkan misi untuk menyuntik maklumat dan informasi halal Malaysia agar dapat memberi manfaat kepada usahawan bimbingan Tekun Nasional pada masa hadapan. Sebanyak lima (5) slot ceramah dan tiga (3) slot latihan dalam kumpulan telah berjaya disempurnakan melalui perkongsian yang diberikan oleh para pegawai JAKIM yang dilantik.

Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM ketika ditemui menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif yang digerakkan untuk menganjurkan program-program kesedaran halal Malaysia terus kepada sasaran. Ia juga satu platfrom untuk membantu rakan-rakan industri memahami dan bersedia mempersiapkan mental dan fizikal ke arah norma “halal mesra industri”. Program seumpama ini secara tidak langsung dapat menepis tanggapan awam bahawa Pensijilan Halal Malaysia itu mahal, susah dan lambat.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaHaveFaith
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19

Misi Kesedaran Halal Malaysia 1Misi Kesedaran Halal Malaysia 2Misi Kesedaran Halal Malaysia 3Misi Kesedaran Halal Malaysia 4Misi Kesedaran Halal Malaysia 5Misi Kesedaran Halal Malaysia 6

Misi Kesedaran Halal Malaysia 1