Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA – Bahagian Pengurusan Halal JAKIM telah menutup tirai September 2020 dengan menerima kunjungan hormat daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketuai oleh YBhg. Brigadier Jeneral Dato' Dr. A Halim bin Hj Basari, Pengarah Farmasi, Markas Angkatan Tentera Malaysia pada 30 September semalam.

Pertemuan dan perbincangan strategik yang berlangsung hampir 1 jam lebih di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya itu antara lain bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Amalan Terbaik Pensijilan Halal Malaysia khususnya bagi skim logistik (pergudangan).

JAKIM menyambut baik hasrat yang diutarakan oleh ATM untuk menjadi antara agensi kerajaan pertama yang komited melaksana segala prosedur pensijilan halal Malaysia dengan mematuhi segala keperluan yang terkandung di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM).

Pertemuan turut memperincikan perancangan yang komprehensif dalam merealisasikan hasrat ATM di bawah bimbingan Halal Academy iaitu sebuah penyedia latihan halal di bawah kawal selia Halal Proffesional Board (HPB) yang diiktiraf JAKIM.

Encik Mohd Fakarudin bin Masod, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM ketika mewakili Pengarah Bahagian Pengurusan Halal dalam mempengerusi pertemuan ini menyatakan bahawa JAKIM bersikap terbuka dan mengalu-alukan pelbagai sektor industri awam dan swasta untuk menjadikan halal Malaysia sebagai satu jenama yang utama demi menyediakan satu bentuk perkhidmatan dan produk yang mampu memberi manfaat kepada ummah.

Antara lain beliau amat positif dengan kerjasama yang akan terbentuk ini untuk menyantuni pihak ATM dalam mematuhi prosedur halal Malaysia secara menyeluruh dan sekaligus mencapai hasrat utuk memperolehi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Semoga kerjasama dan usaha yang dirancang ini dapat diteruskan dengan lebih erat pada masa akan datang bagi memastikan hasrat kerajaan di dalam memartabatkan serta mengangkasakan jenama Halal Malaysia dapat diperkukuhkan.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19

JAKIM Santuni ATM