Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

PUTRAJAYA, 01 Oktober 2020 - Demi memperkukuh hubungan antara agensi agama dan institusi pengajian tinggi awam di negara ini, JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal dan Bahagian Kawal Selia Halal telah menyantuni lawatan akademik dari pihak Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Aras 6, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

Lawatan akademik kali ini bertujuan untuk membincangkan hal-hal berkaitan dengan industri terutama JAKIM dalam isu halal dan penyelidikan serta bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan antara ACIS dan JAKIM. Untuk rekod, ACIS UiTM Cawangan Kampus Samarahan dan Kuala Pilah ada menawarkan program Diploma Pengurusan Halal seterusnya membuka peluang kepada para pelajar lepasan SPM khususnya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berkenaan.

Pelbagai perkongsian berkaitan info-info halal semasa disampaikan oleh pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua Bahagian sepanjang hampir 2 jam lawatan yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM YBrs Tuan Bukhari Md Akhir manakala pihak ACIS UiTM diketuai oleh Tuan Hj. Hisam Hj Satari selaku Ketua Pusat Pengajian ACIS.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19

Lawatan ACIS UiTM 1Lawatan ACIS UiTM 2Lawatan ACIS UiTM 3Lawatan ACIS UiTM 5Lawatan ACIS UiTM 4