Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Majlis Perdana Ulama Umara bersama YAB Perdana Menteri dan Pembentangan Laporan Indeks Syariah Malaysia telah diadakan dengan jayanya pada 28 Mac 2016 di Dewan Putra B, Pusat Konvesnsyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Program yang memasuki edisi kali ke-6 telah berjaya menghimpun barisan ulama' dan umara' yang pelbagai bidang berhimpun bagi menjayakan agenda memartabatkan ummah. Majlis Perdana Ulama' Umara kali ini begitu istimewa kerana YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri membentangkan dapatan kajian Indeks Syariah Malaysia 2015 yang turut dihadiri oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.
 
Turut hadir ialah YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Haji Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dato' Dusuki, (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Y. Bhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa (Ketua Setiausaha Negara) dan YB Menteri-Menteri, YB Timbalan-Timbalan Menteri, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Duta-Duta, wakil-wakil kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, wakil-wakil NGO dan agensi agama.
 
Dalam Majlis ini, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan skor Indeks Syariah Malaysia dalam lapan bidang pengukuran dan skor keseluruhan Indeks Syariah Malaysia tahun 2015. Indeks Syariah Malaysia ini telah laksanakan oleh sekumpulan penyelidik berjumlah 133 Penyelidik dari 5 buah Universiti iaitu UIA, UKM, USIM, UUM dan UTM serta di gerakkan oleh Unit Indeks Syariah Malaysia, Jakim. Projek ini telah memakan masa 6 bulan penyelidikan dan melibatkan hampir 10, 000 responden dari kumpulan pembuat dasar, pelaksana dasar dan masyarakat.
 
YAB Perdana Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada JAKIM kerana telah berjaya menggerakkan projek Indeks Syariah Malaysia hingga berjaya diselesaikan dan dibentangkan pada majlis ini. YAB Perdana Menteri turut mengumumkan satu Jawatankuasa Khas Kabinet akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri untuk melihat isu-isu fokus dan penambahbaikkan kepada dasar serta program kerajaan sebagaimana yang dilaporkan dalan dapatan kajian Indeks Syariah Malaysia. Pada majlis ini juga, YAB Perdana Menteri telah menerima 9 buah buku terbitan Jakim berkaitan Indeks Syariah Malaysia dan cenderamata eksklusif yang berupa replika logo Indeks Syariah Malaysia.
 
Pada sesi pagi telah diadakan sesi Town Hall Indeks Syariah Malaysia yang diadakan di Dewan 6, PICC. Sesi ini melibatkan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah Jabatan Agama dan dikendalikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Manakala di Dewan Putra B juga diadakan sesi forum bertajuk "Aplikasi Maqasid Syariah dalam Keselamatan Negara" yang dibentangkan oleh Dato' Haji Wan Zahidi Wan Teh, Felo Kanan Universiti Islam Malaysia dan Dato' Ayob Khan Pitshay, Cawangan Khas, Polis DIraja Malaysia.
 
Majlis Perdana Ulama Umara Pembentangan ISM 1
 
Majlis Perdana Ulama Umara Pembentangan ISM 2
 
Majlis Perdana Ulama Umara Pembentangan ISM 3
 
Majlis Perdana Ulama Umara Pembentangan ISM 4
 
Majlis Perdana Ulama Umara Pembentangan ISM 5
 
Majlis Perdana Ulama Umara Pembentangan ISM 6
 
Majlis Perdana Ulama Umara Pembentangan ISM 7
 
Majlis Perdana Ulama Umara Pembentangan ISM 8
 
Majlis Perdana Ulama Umara Pembentangan ISM 9
 
Majlis Perdana Ulama Umara Pembentangan ISM 10
 
Majlis Perdana Ulama Umara Pembentangan ISM 11
 
Majlis Perdana Ulama Umara Pembentangan ISM 12  Majlis Perdana Ulama Umara Pembentangan ISM 15
 
Majlis Perdana Ulama Umara Pembentangan ISM 13
 
Majlis Perdana Ulama Umara Pembentangan ISM 14