Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah

13502514 1021677711248337 3897230924037567663 o

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Indeks Syariah Malaysia telah diadakan pada 28 Jun 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Penubuhan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet ini adalah cetusan idea daripada ucapan YAB Perdana Menteri ketika Majlis Perdana Ulama' Umara' bersama YAB Perdana Menteri dan Pembentangan Indeks Syariah Malaysia 2015 pada 28 Mac 2016 yang lalu antara lain mengumumkan pengwujudan sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet bagi melihat segala hasil kajian dan penambahbaikkan yang telah dicadangkan dalam Indeks Syariah Malaysia.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan turut dihadiri oleh YB Mejar Jenaral Dato' Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet yang berkaitan dan Ahli-Ahli yang dilantik. Pada mesyuarat ini sebanyak 3 kertas cadangan dan makluman telah dibentangkan iaitu Isu-Isu Fokus Indeks Syariah Malaysia, Pelan Strategik Indeks Syariah Malaysia dan Penubuhan Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia.

Sebanyak 64 isu-isu fokus telah diambil perhatian oleh Kerajaan hasil daripada kajian penyelidikan dan cadangan penambahbaikkan kepada urus tadbir negara berdasarkan Maqasid Syariah sebagai instrumen utama penyelidikan Indeks Syariah Malaysia. Melalui Jawatankuasa Khas Kabinet ini, kerajaan secara serius akan memastikan pelaksanaan Indeks Syariah terlaksana sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang melaksanakannya.

13495375 1021677504581691 3186564893384304491 o

13559123 1021677977914977 3713668580598141472 o