Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah

17218737 1263073267108779 4334214171570693276 o

web 1

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Unit Indeks Syariah Malaysia menganjurkan program Temu Mata Maqasid Syariah bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang diadakan pada 8 Mac 2017 di Dewan Putra 2, Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Program Temu Mata Maqasid Syariah adalah salah satu program penerangan dan penjelasan Indeks Syariah Malaysia kepada pelbagai kelompok masyarakat antaranya kelompok orang bukan Islam, Ahli-Ahli Parlimen, wanita dan kali ini kepada kumpulan pemimpin mahasiswa dan NGO belia.

Seramai 100 orang pemimpin mahasiswa yang terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Awam, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan NGO-NGO Belia seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), IKRAM, PEMBINA dan Majlis Belia Malaysia (MBM). Turut hadir Dato Haji Mohamad Nordin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim dan Unit ISM.

YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Haji Baharom, menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memberi penerangan mengenai dasar baru kerajaan iaitu Indeks Syariah Malaysia dan berdialog dengan para peserta dia atas tajuk Maqasid Syariah dalam urus Tadbir Negara. Selain itu, fokus perbincangan berpusat kepada Indeks Syariah Malaysia dan peranan para belia untuk menjadi agen penyampai maklumat kepada masyarakat berkaitan Indeks Syariah.

Program Temu Mata Maqasid Syariah bersama Yb Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan dilebarkan dengan pelbagai kelompok masyarakat seperti wanita, ahli korporat, budayawan, usahawan dan belia-belia sebagai program meet and greet bersama masyarakat.

 

   17192288 1263073443775428 3437708445437471911 o

17157369 1263073650442074 5147754296037294962 o

17218428 1263073453775427 7419164018334536394 o

17192440 1263073663775406 7663592564028203049 o

17211885 1263073840442055 2647955876831528961 o

17159354 1263073557108750 842492426071141398 o

17098074 1263073730442066 2094140418598882632 o