Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah

 

 YBhg. Tan Sri KSN Mempengerusikan Mesyuarat

Mesyuarat JK Kerja (Pelaksanaan & Pemantauan) Indeks Syariah Malaysia Bil.1/2017

Ahli Mesyuarat JK Kerja ISM

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (Pelaksanaan Dan Pemantauan) Indeks Syariah Malaysia Bil. 1/2017 telah diadakan pada 7 Mac 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. 

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara bermula pada jam 4.00 petang dan dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Othman bin Haji Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd. Yusof, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), YBhg. Dato’ Dr. Mazlan bin Yusoff, Ketua Pengarah Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, wakil Ketua Pengarah Kesihatan, wakil Ketua Setiausaha Perbendaharaan, wakil Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM selaku Setiausaha, YBhg. Datuk Hj. Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, YBhg. Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM dan YBhg. Tuan Masri bin Razali, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM.

 

YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara semasa perutusannya melahirkan keyakinan bahawa prinsip-prinsip Maqasid Syariah yang menjadi teras Indeks Syariah Malaysia ini mampu menjadi pemandu arah yang dinamik untuk Kerajaan terus bergerak ke hadapan membina kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan rakyat seluruhnya. Beliau berharap setiap agensi mengambil inisiatif segera untuk membudayakan prinsip Maqasid Syariah dengan mengadakan program-program penjelasan agar semua peringkat kakitangan dapat memahaminya dengan jelas.