Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Persidangan Penyelarasan Pengurusan Dakwah Jakim/JAIN Seluruh Malaysia diteruskan buat kali kelima pada 11 hingga 13 November 2015 di Hotel Riverside Majestic, Kuching, Sarawak. Persidangan kali ini dianjurkan oleh Jakim menerusi Bahagian Dakwah dengan kerjasama strategik Jakim Cawangan Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak. Majlis Perasmian Persidangan disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak, YBhg Datu Haji Putit bin Matzen dan turut dihadiri Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Dato’ Haji Ali bin Mohammed, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Tuan Haji Ismail Bin Haji Mohd. Hanis, dan Pengarah Jakim Cawangan Sarawak, Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh.
 
Persidangan ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Dato’ Haji Ali bin Mohammed dan dihadiri oleh Ketua-ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah dari seluruh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Antara perkara yang dibincangkan pada persidangan kali ini ialah penyelarasan program antara Jakim dan JAIN khususnya program-program dakwah, perbincangan bagi memantapkan pelaksanaan Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) serta perkongsian program-program inovasi daripada Jabatan Agama Islam Sarawak. Selain itu, satu diskusi turut diadakan bersama Mufti Negeri Sarawak, YBhg SS Datu Haji Kipli bin Haji Yassin. Diskusi ini antara lain membincangkan cabaran-cabaran serta strategi dakwah khususnya dalam konteks Sarawak.  
 
Persidangan tiga hari dan dua malam ini telah membuahkan persetujuan dan kata sepakat dalam melaksanakan program berkaitan dengan dakwah untuk diambil perhatian dan tindakan bersama antara Jakim dan JAIN.
 
persidangan kpp 2015 1
 
persidangan kpp 2015 2
 
persidangan kpp 2015 3
 
persidangan kpp 2015 4
 
persidangan kpp 2015 5
 
persidangan kpp 2015 6
 
persidangan kpp 2015 7
 
persidangan kpp 2015 8
 
persidangan kpp 2015 9
 
persidangan kpp 2015 10
 
persidangan kpp 2015 11
 
persidangan kpp 2015 12