Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP), Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) telah mengadakan Kolokium Kepimpinan Penghulu Islam 2015 yang telah diadakan pada dua (2) negeri iaitu Pahang  pada 5 November 2015 (Khamis) dan di Kedah pada 15 November 2015 (Ahad).
 
Program ini merupakan program kali pertama yang diadakan oleh Jakim kepada sasaran yang terdiri dari kalangan penghulu-penghulu. Program ini diadakan atas rasa prihatin terhadap tanggungjawab dan peranan penghulu-penghulu yang merupakan agen terpenting kepimpinan Negara dan masyarakat setempat. Bahkan penghulu mempunyai peranan penting dalam perubahan masyarakat.
 
Penghulu merupakan ketua tertinggi di sesebuah mukim yang terdiri dari beberapa kampung. Golongan penghulu adalah golongan yang akan memimpin dan memikul beban tanggungjawab dan amanah untuk melanjutkan proses pengembangan dakwah dan generasi penerus bagi pembangunan ummah. Dalam Islam, pemimpin juga bertanggungjawab untuk memimpin hal-hal yang berhubung dengan keimanan, nafs, ibadah dan adab & akhlak. (Hisyam At-Talib)
 
Penganjuran program ini bertujuan untuk menyuburkan rasa kasih sayang dan semangat persaudaraan dalam suasana mahabbah dan mawaddah. Diharapkan melalui penganjuran program seperti ini dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat, khususnya pemimpin masyarakat di segenap lapisan.  Ini kerana, bagi memartabatkan agenda Islam, kita perlu bersatu dan saling bantu membantu di antara satu sama lain, dan apabila bergerak dalam kesatuan, ianya akan menambahkan kekuatan, khususnya kekuatan untuk mempertahankan Islam.
 
 
PROGRAM KOLOKIUM KEPIMPINAN PENGHULI ISLAM DI NEGERI PAHANG
 
kolokium kedah pahang 1
 Ucapan Perasmian oleh YBhg. Dato' Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim
 
kolokium kedah pahang 2
 
kolokium kedah pahang 3
 
kolokium kedah pahang 4
 
kolokium kedah pahang 5
 
 
 
PROGRAM KOLOKIUM KEPIMPINAN PENGHULU ISLAM NEGERI KEDAH
 
kolokium kedah pahang 6
 
kolokium kedah pahang 7
 
kolokium kedah pahang 8