Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Jakim bersama rakan strategik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Majlis-majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) menganjurkan Mahrajan Amal Islami Muallaf Kebangsaan Tahun 2015 pada 4 hingga 6 Disember 2015 di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.
 
Penganjuran Mahrajan Amal Islami Muallaf Kebangsaan Tahun 2015 merupakan program yang julung-julung kali dianjurkan di negara ini khusus kepada golongan muallaf. Program yang dianjurkan dua tahun sekali ini merupakan program latihan khusus untuk membudayakan kehidupan harian muallaf ke arah tarbiah Islam yang syumul serta menguji tahap pengetahuan muallaf dalam mata pelajaran Tauhid dan Feqah berdasarkan sukatan dan modul pembelajaran Kelas Fardu Ain Muallaf yang dianjurkan oleh MAIN atau JAIN.
 
Pelbagai acara telah dipertandingkan sepanjang tiga hari perjalanan mahrajan ini, iaitu:
 
a)   Solat individu (lelaki dan perempuan),
b)   Azan dan iqamat,
c)    Hafazan (lelaki dan perempuan),
d)   Syarahan (lelaki dan perempuan),
e)   Tilawah al-Quran (lelaki dan perempuan), dan
f)     Kuiz berkumpulan.
 
Selain itu, terdapat program-program lain yang dijadualkan termasuk perkongsian pengalaman, slot motivasi dan juga tazkirah.
 
Penyampaian hadiah disempurnakan pada Majlis Perasmian Penutupan Mahrajan Amal Islami Muallaf Kebangsaan Tahun 2015 oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Dato' Haji Razali bin Shahabudin pada 6 Disember 2015 (Ahad). Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Dato’ Bakhtiar bin Husin, Setiausaha MAIS, dan Ustaz Che Husain bin Isa, Timbalan Pengarah Bahagian Dakwah Jakim. Pada tahun ini menyaksikan kontinjen dari Selangor telah menggondol johan keseluruhan mahrajan. Naib johan disandang oleh kontinjen dari Johor manakala tempat ketiga disandang oleh kontinjen Melaka. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang dan peserta.
 
 
mahrajan amal islami muallaf 1
 
mahrajan amal islami muallaf 2
 
mahrajan amal islami muallaf 3
 
mahrajan amal islami muallaf 4
 
mahrajan amal islami muallaf 5   mahrajan amal islami muallaf 6  
 
mahrajan amal islami muallaf 7
 
mahrajan amal islami muallaf 8
 
mahrajan amal islami muallaf 9
 
mahrajan amal islami muallaf 10