Kurator Berita : Bahagian Dakwah
MAJLIS PERTEMUAN RASMI JAKIM BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SYARIKAT-SYARIKAT KORPORAT MALAYSIA KALI KE-2 TAHUN 2015
 
CEOS Corporate Talk 2015 1
 
"Melihat kepada keanggotaan Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jakim, semua syarikat yang dilantik merupakan syarikat konglomerat negara yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Percaturan mempertautkan ukhuwah Islamiyah antara syarikat-syarikat ini membuahkan hasil kekuatan mega yang kukuh lagi utuh. Saling melengkapi, saling membantu, saling bertukar pandangan, saling menasihati, saling menghormati dan saling berkasih sayang antara satu sama lain dalam kalangan ahli tetap yang dilantik menjadi intipati yang membuktikan kita seumpama rangka bagi sebuah bangunan, setiap angkubah binaan berperanan sebagai pelengkap antara satu sama lain bagi memastikan kelangsungan bangunan untuk terus kukuh berdiri tegak dan berfungsi memberi manfaat kepada kehidupan manusia."
 
Sumber : Ucapan Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam)
 
Majlis ini merupakan inisiatif berterusan Jakim dengan kerjasama Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan Majlis Pertemuan Rasmi Jakim bersama Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (KPE) di Syarikat Berkaitan Kerajaan Malaysia Kali Pertama Tahun 2014 yang telah diadakan pada 17 Jun 2014 di Malaysian Petroleum Club Petronas, Tingkat 63, Menara 2, Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur dengan kerjasama Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas). Matlamat program adalah untuk memperkenalkan syarikat-syarikat anggota yang baru dilantik bagi tahun 2015 di samping mengerat jalinan kerjasama rasmi antara pihak pengurusan tertinggi Jabatan dengan pihak pengurusan tertinggi syarikat yang telah disatukan melalui penubuhan SDK Jakim.
 
Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat (YB) Senator Dato'' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di JPM mewakili YB Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom Menteri di JPM. Di samping itu, majlis ditambah serinya dengan kehadiran tetamu kehormat majlis iaitu YBhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah (KP) Jakim, Dato' Seri Ir. Azman Mohd., Ketua Pegawai Eksekutif TNB dan pengibatan 130 peserta yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Kanan syarikat-syarikat korporat yang menjadi anggota SDK Jakim.
 
Mengangkat tema "Makmur Dakwah Bersama Korporat" dengan misi mencapai objektif pelaksanaan program, pengisian utama program ini ialah slot Corporate Talk 2015 oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohammad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dengan tajuk "Dimensi Dakwah Dari Sisi Korporat ~ Bersama Merealisasi Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia". Berikutnya, majlis ini ditambah maknanya dengan penyampaian hasrat kedua-dua ketua agensi/ syarikat melalui ucapan aluan oleh YBhg. KPE TNB dan YBhg. KP Jakim.
 
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai sasaran kerja strategik seperti yang telah dirancang melalui penyertaan 70.67 peratus pengurusan tertinggi di syarikat-syarikat korporat yang terlibat. Dengan kekuatan pengisian program, majlis ini telah berjaya mencapai objektif seperti yang telah digariskan berikut :
 
  • Menjadi platform pertemuan rasmi untuk bertukar pandangan, pengalaman, memberi sarana dan maklumat antara pihak pengurusan tertinggi agensi / syarikat-syarikat yang menganggotai SDK Jakim ;
  • Memberi pendedahan dan kefahaman melalui penjelasan ilmu berkaitan hal ehwal Islam khususnya berhubung isu dan cabaran dakwah semasa serta mencari jalan penyelesaian berhubung isu dan cabaran tersebut ;
  • Memakmurkan program-program dakwah yang berkesan dan komprehensif di Malaysia secara 'berjamaah' dalam kalangan anggota SDK Jakim ; dan
  • Membudayakan dakwah kepada setiap lapisan masyarakat di Malaysia agar dapat menjadi contoh kepada masyarakat lain sekaligus membantu mencapai hasrat melahirkan Khaira Ummah.
CEOS Corporate Talk 2015 2
Mesyuarat-mesyuarat persiapan majlis
 
CEOS Corporate Talk 2015 3
YBhg. TKPPI bersama Pengurus-pengurus Kanan TNB
CEOS Corporate Talk 2015 4
Barisan Pengurus Kanan Jakim bersama TNB
CEOS Corporate Talk 2015 5
Ketibaan YBhg. Ketua Pengarah Jakim
CEOS Corporate Talk 2015 6
Ketibaan Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan
CEOS Corporate Talk 2015 7
Sesi Corporate Talk 2015
CEOS Corporate Talk 2015 8
 
CEOS Corporate Talk 2015 9
 
CEOS Corporate Talk 2015 10
 
CEOS Corporate Talk 2015 11
 
CEOS Corporate Talk 2015 12
Sesi Ucapan Perasmian Majlis oleh YB Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Islam)
CEOS Corporate Talk 2015 13
Ucapan aluan oleh KPE TNB dan KP Jakim
CEOS Corporate Talk 2015 14
Acara penyampaian cenderahati ~ Jakim dan TNB
CEOS Corporate Talk 2015 15
Penyampaian cenderahati kepada Sahubus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan
CEOS Corporate Talk 2015 16
 
CEOS Corporate Talk 2015 17
Sidang media bersama YB Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Islam)
CEOS Corporate Talk 2015 18
Urus setia Program
 
 
"Hal inilah yang diwar-warkan oleh Pimpinan Utama Negara melalui National Blue Ocean Strategy (NBOS). Kalau sebelum ini kita melaksanakan gerak kerja dakwah mengikut kemampuan dan kesesuaian agensi/ syarikat kita sahaja tetapi melalui strategi ini gabung jalin kekuatan antara semua anggota akan menghasilkan impak yang pastinya lebih daripada hasil pelaksanaan sekiranya kita laksanakan secara 'fardiy'.- Ucapan YB Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Islam). 
 
Kredit Foto :
Bahagian Penerbitan Jakim
Bahagian Dakwah Jakim