Kurator Berita : Bahagian Dakwah
PUTRAJAYA, 19 Jan - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Unit Indeks Syariah Malaysia dengan kerjasama Pejabat Perdana menteri telah mengadakan Majlis Penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia bersama YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2016 di Dewan Bankuet, Seri Perdana, Putrajaya. Majlis penghargaan ini diadakan bertujuan untuk menghargai 133 Penyelidik daripada 5 buah Universiti Awam yang terlibat secara langsung menjalankan kajian penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 2015.
 
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia serta Naib-Naib Canselor Universiti yang terlibat. Pada majlis ini, YAB Perdana Menteri telah menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada Naib-Naib Canselor, Ketua-Ketua Penyelidik, Ahli-ahli Panel Pakar dan Unit Indeks Syariah Malaysia Jakim selaku urus setia penyelidikan.
 
YAB Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan penghargaan kepada hadiri menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua penyelidik yang telah merealisasikan hasrat dan idea beliau melaksanakan Indeks Syariah Malaysia sebagai model tadbir urus berteraskan maqasid syariah pertama di dunia"
 
"Indeks Syariah Malaysia menjadi agenda yang amat dekat di hati saya, saya telah menyatakan bahawa kerajaan bersedia untuk di ukur sejauh mana kerajaan telah melaksanakan dasar dan program berlandaskan prinsip maqasid syariah. Maka indeks ini akan memberitahu apa yang telah kita laksanakan dan apa yang perlu ditambahbaik. Terima kasih kepada semua penyelidik dan semoga kerja ini menjadi amal jariah kepada tuan puan semua"
 
YAB Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa beliau akan mengumumkan hasil kajian Indeks Syariah Malaysia dalam satu majlis khas pada 28 Mac 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
 
Majlis Penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 1
 
Majlis Penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 2
 
Majlis Penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 3
 
Majlis Penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 4
 
Majlis Penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 5
 
Majlis Penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 6
 
Majlis Penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 7
 
Majlis Penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 8
 
Majlis Penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 9
 
Majlis Penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 10
 
Majlis Penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia 11